Monday, July 20, 2009

BUKAN CARA KITA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA ANDA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

Kebelakangan ini Suara1malaysia lihat dalam media cetak dam media masa banyak berlaku Demonstrasi jalanan, Piket, Perhimpunan haram dan lain-lain yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu kononnya ingin menunjukkan SUARA RAKYAT yang akhirnya menjurus kepada penangkapan dan paling teruk dimasukkan ke ISA.

INI BUKAN CARA KITA!
KITA BUKAN SAMSENG JALANAN!
KITA RAKYAT MALAYSIA!
KITA PERCAYA KEPADA DEMOKRASI!!!


Bukan cara kita berhimpun secara haram, bawa anak dan bini kita, saudara mara kita dan lain-lain menyertai program sebegini. Andai kata kita ditangkap, siapa yang akan menjaga keluarga kita? Siapa nak tanggung perbelanjaan anak bini kita?
Siapa nak bertanggungjawap atas KITA yang semestinya akan dianggap penentang?
Persoalan akan timbul, Siapa yang UNTUNG dan SIAPA yang RUGI?

Yang RUGI kita!!!
Kenapa masih mahu berlagak seperti HERO KAMPUNG?
Kenapa masih mahu berlagak seperti Samseng Jalanan?
Sedangkan kita tahu....

Nama saja Demonstrasi secara AMAN, sedangkan banyak diakhiri dengan RUSUHAN, PERGADUHAN dan PERTUMPAHAN DARAH...

Kita ini kecil.... sekecil-kecilnya!!!
Apa yang kita boleh buat?

Kita berkumpul? BUKAN
Kita gempur? Pun BUKAN.

KITA SATUKAN HATI KITA.
KITA BUKTIKAN KESATUAN HATI KITA.

Join Blog ini dan nyatakan sokongan anda. Kita berikan mereka DATA yang menyatakan kita menyokong atau tidak menyokong tindakan dan keputusan dibuat. Ini baru betul! Kita kalahkan mereka menggunakan SISTEM yang mereka pakai. Kita gunakan DEMOKRASI!!!
Kita setuju, kita SUARAKAN,
Kita tak setuju, Kita SUARAKAN juga.
Baru merekar tahu.

Jangan berdiam diri dan berpeluk tubuh. Anda membasirkan MASA anda sahaja. SUARAKAN.

Sertai kami dan SUARAKAN.
e-mailkan SUARA anda kepada suara1malaysia@hotmail.com dan SERTAI KAMI.
SUARAKAN isu anda, Hujah anda dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Korek Khazanah Di Sini